Hai! Notis ini menerangkan tentang bagaimana laman web ini melindungi privasi anda dan menggunakan kuki. Kami mengambil serius tentang privasi anda dan mahu anda jelas tentang apa maklumat yang kami kumpulkan dan bagaimana kami menggunakan maklumat anda.
Maklumat Apa Yang Kami Kumpul?
- Hanya Melihat-lihat? (Kuki): Jika anda melayari laman web kami tanpa mendaftar, kami menggunakan kuki untuk memahami bagaimana orang suka menggunakan laman web kami (seperti, laman mana yang paling popular). Kuki ini tidak menyimpan apa-apa maklumat peribadi tentang anda - fikirkan mereka seperti jejak laman web. Kami juga menggunakan pengenal unik untuk menjejaki perkara-perkara seperti peranti yang anda gunakan serta jumlah masa anda melihat-lihat laman web kami (sekali lagi, tiada maklumat personal!).
- Mahu Kandungan Yang Lebih Peribadi? (Ujian Kerjaya): Untuk memastikan pengalaman anda lebih peribadi dan mencipta kandungan yang tepat, kami mengumpulkan maklumat tambahan yang berikut:
- Jenis Pengguna (pelajar, guru, ibu bapa, lain-lain): Ini membantu kami mencipta kandungan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan-keperluan anda, sama ada anda adalah seorang pelajar yang memerlukan bimbingan, ibu bapa yang mencari sokongan, atau seorang pendidik yang sedang mencari alat bantu mengajar.
- Nama Panggilan: Kami menggunakan nama panggilan sebagai salam mesra dan sentuhan peribadi.
- Umur: Mengetahui umur anda membantu kami menentukan kandungan yang sesuai dengan anda dan memahami jenis-jenis kandungan untuk ditambah pada masa hadapan.
- Jenis Sekolah (kerajaan, swasta, antarabangsa): Membantu kami menyesuaikan kandungan dan sumber, mengenali bahawa laluan anda mungkin berbeza berdasarkan latar belakang pendidikan e.g. IGCSE vs SPM.
- Pekerjaan Sambilan & Jumlah Kereta Dalam Keluarga: Perkongsian maklumat ini membantu kami memahami latar belakang anda. Penentu-penentu ini membantu kami memastikan kami dapat sampai kepada audiens yang tepat dan membina sumber-sumber yang tepat dengan cabaran dan pilihan yang anda hadapi selepas SPM.
- Perancangan Selepas SPM: Mengetahui aspirasi anda (sambung belajar atau terus bekerja) membantu kami mencipta kandungan yang lebih baik, selari dengan matlamat anda.
- Mahu Menerima Maklumat Terkini di WhatsApp (Daftar Diri): Mendaftar untuk menerima maklumat terkini di WhatsApp akan menghalakan anda kepada chat WhatsApp kami. Ini bermakna kami akan mendapatkan nombor telefon anda sebaik sahaja anda menghantar mesej pertama dan nama panggilan WhatsApp anda (supaya kami boleh menghantar maklumat terkini!). Kami juga akan bertanyakan bahasa pilihan anda dan jenis pengguna untuk menyesuaikan maklumat mengikut citarasa anda. Kami TIDAK mengumpulkan maklumat peribadi lain yang dapat dikenal pasti semasa anda mendaftar. Sebagai tambahan, anda boleh menghentikan langganan daripada mesej maklumat terkini WhatsApp pada bila-bila masa.
Tentang Kuki:
Kami menggunakan dua jenis kuki:
- Kuki Penting: Kuki-kuki ini penting untuk fungsi asas laman web kami, seperti memandu arah anda dengan baik. Anda tak perlu risaukan tentang ini; ia digunakan secara automatik.
- Kuki Tidak Penting (Analisis dan Personalisasi): Kuki-kuki ini membantu kami memahami bagaimana orang menggunakan lawan web kami (yang mana membantu kami membuat penambahbaikan!). Kuki-kuki ini menjejak perkara-perkara seperti laman web yang telah dilawati dan tempoh masa anda melihat-lihat. Fikirkan ia seperti pembantu laman web yang memberitahu kami tentang apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan. Kuki-kuki ini juga membantu kami menjadikan pengalaman anda lebih peribadi (seperti mengingati bahasa pilihan anda).
Dengan Siapa Kami Berkongsi Maklumat Anda?
Kami mungkin perlu berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak lain atau syarikat, seperti:
- Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan kami untuk membantu memahami bagaimana orang menggunakan laman web kami;
- Pakar-pakar dan badan-badan kerajaan untuk membantu kami mematuhi undang-undang; dan
- Mana-mana pihak lain di mana undang-undang memerlukan kami untuk berkongsi maklumat peribadi anda.
Kawalan Terhadap Maklumat Anda:
Anda sentiasa boleh mengawal kuki anda! Kebanyakan pelayar membenarkan anda memilih kuki mana untuk diterima dan dibuang. Anda juga boleh memilih untuk tidak mendaftar untuk menerima maklumat terkini di WhatsApp jika anda tidak mahu kongsikan nombor telefon anda.
Jika Anda Berumur Di Bawah 18 Tahun:
Di Malaysia, jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sebelum berkongsi apa-apa maklumat peribadi dalam talian, termasuk mendaftar untuk menerima maklumat terkini di WhatsApp. Dengan menggunakan laman web ini dan servis WhatsApp Schola, anda memastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran tersebut.
Melindungi Maklumat Peribadi Anda:
Kami memastikan maklumat peribadi anda tersimpan secara selamat. Kami mematuhi undang-undang dan memastikan langkah-langkah diambil untuk melindungi maklumat peribadi anda. Apabila kami bekerja dengan orang atau syarikat lain, kami memastikan bahawa mereka juga akan menjaga maklumat anda dengan selamat.
Kami juga akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpul, atau jika diperlukan oleh undang-undang.
Lebih Maklumat & Pembuangan Data:
Jika anda mempunyai soalan tentang notis ini atau privasi anda, sila hubungi kami di [email protected]. Kami sentiasa gembira untuk membantu! Anda juga boleh menghubungi kami di alamat e-mel ini jika anda mahukan akses atau mengemas kini maklumat peribadi anda, atau anda mahu ia dibuang daripada sistem kami.
Komitmen Kami Kepada Privasi: Kami mematuhi undang-undang perlindungan data yang relevan untuk memastikan privasi data anda terjaga.